1. Memahami objektif atau tujuan anda buat copywriting. Nak buat sales ke, nak buat ayat marketing untuk iklan ke atau nak buat closing? Bila faham objektif, mudah untuk susun kata dan ayat.
Copywriting tidak semestinya mesti menggunakan AYAT atau PERKATAAN POWER sahaja. Yang penting objektif anda buat copywriting itu tercapai.
2. Format dalam copywriting. Setiap objektif biasanya mempunyai format yang hampir sama. Dimulakan dengan HEADLINE, BODY COPY & CLOSING (Call to Action). Tetapi ada sesetengah objektif, memerlukan anda untuk lebih kreatif dalam penulisan yang dipanggal Copywriting ini.
3. Produk & Sasaran Pasaran
Pada siapa copywriting itu ditujukan. Kenal pasti jenis produk A to Z. Kenal pasti jenis pasaran produk tersebut. Study habis-habisan. Buat customer avatar. Buat point by point tentang kelebihan & manfaat produk. Baru mudah nak buat copywriting.
👉 Sumber Rujukan bagi Nota yang disediakan ini adalah daripada Kelas Online Percuma yang diadakan oleh Sifu Firdaus Nawawi.