Ada suatu perisian Quran (Per Kata) untuk handphone Android.
Al Quran Per Kata dan Terjemahan
Ciri-ciri perisian Al Quran (Tafsir & by Word):
1. Menampilkan ayat-ayat Al Quran 30 Juz dalam tulisan Arab dan terjemahan Bahasa Melayu.
2. Disediakan indeks mengikut tajuk surah.
3. Ada fungsi carian kata dalam terjemahan.
4. Ada fungsi untuk bookmark ayat penting.
5. Ada fungsi mengingatkan untuk baca Quran, dan pamer ayat secara random, atau secara rawak.
Gambaran senarai surah dalam bahasa selepas ditukar tetapan settings ke bahasa Indonesian/Malay.

Gambaran Al-Quran yang diterjemah dengan ayat per kata dan ayat terjemahan yang biasa.

Gambaran fungsi carian perkataan.

Gambaran hasil carian perkataan.

Beberapa terjemahan iaitu dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ada fungsi notifikasi untuk mengingatkan kita baca Al-Quran. Ada ayat menarik.

Apabila klik notifikasi tu, kadang-kadang ia membawa ke halaman untuk baca Al-Quran. Ada ayat menarik.

Gambaran notifikasi yang muncul di handphone.

Jemput Download perisian Al Quran untuk dipasang di Handphone Android
Ada suatu perisian untuk komputer.
Al Quran dan Terjemahnya
A pc digital Windows Help file (*.cfm)
Nota yang ditulis pada perisian ini:
Versi 1.1 Freeware @ Hak cipta hanya milik Allah swt
Beberapa kemampuan perisian (software) Al Quran tersebut:
1. Menampilkan ayat-ayat Al Quran 30 Juz dalam tulisan Arab dan terjemahan Indonesia. Ia boleh difahami oleh sesiapa yang biasa dalam bahasa Melayu atau bahasa Malaysia.
2. Menampilkan 'catatan kaki' dari Al Quran terjemahan.
3. Disediakan indeks menurut subjek.
4. Melakukan pencarian kata dalam terjemahan.
5. Membuat bookmark dari ayat penting.
6. Ayat dalam tulisan Arab dan terjemahan dapat di copy and paste ke program lain seperti Microsoff Word.
7. Tidak memerlukan pemasangan font atau program tambahan.
Ada nota yang dijumpai: Laman geocities.com/alquran_indo sudah tiada September 2003, Rejab 1424
Selanjutnya, ada dijelaskan cara-cara untuk menggunakan fungsi seperti 4 tab di sisi kiri Al Quran iaitu content, index, search, dan favorite, juga cara untuk copy ayat.
Content: Terdapat topik pendahuluan, indeks dan setiap surat dalam Al Quran. Untuk surat yang terdiri dari lebih dari 60 ayat, surat tersebut dibahagikan dalam 50 ayat.
Index: Didalam index, terdapat index Al Quran berdasarkan subjek yang disisun mengikut turutan alphabet. Indeks ini sama dengan indeks yang terdapat di topik Indeks.
Search: Pencarian yang sederhana terdiri dari kata atau kumpulan kata. Aturan dalam mencari adalah seperti berikut:
1. Pencarian tidak case-sensitive, jadi huruf besar atau kecil dibolehkan.
2. Pencarian berupa huruf (a-z) dan nombor (0-9).
3. Tanda kalimat seperti 'titik', 'koma', 'titik koma', 'titik dua' dan 'garis lurus' tidak diambil kira dalam pencarian.
4. Tanda 'dua petik' atau 'kurung' dapat digunakan.
A pc digital Windows Help file (*.cfm)
Mari baca selawat.
ALLAHUMMA SALLI'ALA SAIYIDINA MUHAMMAD
SOLA-TAN TU'AS SI-'UBI HA ALAIY-NAL AR-ZAQ
WA TU HASSINU BIHAA, LA-NAL AKHLAQ
WA'ALA ALIYHI WASSOHBIHI WASSALLIM
(Bacaan dalam tulisan Rumi)
Wahai Allah, Rahmati Dan Kurniakanlah
Kesejahteraan Atas Muhammad Rasulullah S.A.W
Dan Dengan Sebab Selawat, Engkau Ya Allah Melapangkan Rezeki Kami, Dan Menjadikan Baiknya Akhlak Kami
Dan Curahkanlah
Kesejahteraan Atas Keluarga Dan Para Sahabatnya
Ada Lagu Nasyid Kumpulan Nowseeheart Free download file in format MP3
|