Kadang-Kadang, bila Mak bosan, Ayah bosan, Anak pun jadi bosan tak tahu nak buat apa!
Apa kata libatkan diri dalam aktiviti seni, Seperti melukis, menari, menyanyi atau bermain alat muzik!
Kenapa?
Oh sebenarnya aktivit seni ini merupakan satu aktiviti yang melibatkan kretiviti dan tumpuan (creativity and focus). Ia sangat bagus dalam melatih minda kita dan merangsang perkembangan otak kiri yang berfungsi sebagai intelligent quotient.
Selain itu, aktivit sebegini mampu menghasilkan pengeluaran Hormon Endorfin iaitu hormon bahagia. Hormon ini secara tidak langsung dapat menghilangkan kadar stress dalam diri.
Yang paling best, aktiviti camni akan membentuk kekuatan daya tumpuan kita dan penelitian kita. Sesuai sangat untuk Anak-Anak yang kurang focus tu!
So, Siapa yang ada Anak-Anak di rumah tu, boleh la perlahan-lahan ajar mereka meminati seni dan In Sha Allah daya focus mereka akan meningkat.