Pengalaman saya menggunakan servis penghantaran untuk hantar duit ke CDM (Cash Deposit Machine)
Pada tarikh 28 April 2020,
PKP masih dilaksanakan.
Saya berada di kampung Olak Lempit. Saya mahu ke bandar Banting sebab mahu melakukan deposit wang tunai ke mesin atm (Cash Deposit Machine).
Saya ada wang dalam bentuk tunai. Duit itu mahu digunakan untuk pembelian online.
Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kita perlu ada alasan yang kukuh untuk ke bandar.
Jadi, saya perlu ada bukti, atau dokumen untuk ditunjukkan jika ditahan di jalan raya nanti.
Kita disuruh duduk di rumah atau stay at home.
Macam mana ya?
Nak ke bandar ke, atau upah delivery service?
Kalau nak ke bandar untuk pergi ke mesin Cash Deposit Machine (CDM) ada risiko ..
Kita telah dinasihatkan untuk memastikan jarak sosial 1 meter ketika berurusan di luar rumah.
Di mesin atm, jarak sosial 1 meter ya.
Kalau nak ambil delivery service untuk hantar duit juga ada risiko..
Apa kata saya kirim duit dalam jumlah yang kecil dulu.. untuk mencuba kejujuran orang yang uruskan delivery service
Saya pun cari di Internet berkenaan perkhidmatan yang selamat yang boleh digunakan untuk hantar barang berbentuk duit.
Pada masa itu, belum jumpa perkhidmatan hantar duit ke mesin atm.
Saya ada jumpa perkhidmatan hantar dokumen. Nampaknya, servis delivery berikut macam boleh digunakan..
Di sini saya ingin menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan penghantaran (delivery service) untuk menghantar duit ke mesin atm yang terletak di bandar.
Tarikh laman web dikemaskini: 30 April 2020
Saya cuba gunakan servis di MrSpeedy Malaysia.
Ia mempunyai laman web mesra pengguna mobile phone yang ringan. Semasa membuat tempahan, saya guna handphone mempunyai memory ram kurang 1gb, Chrome jenis lama dan guna Android 4.2.2 Jelly Bean.
Proses tempahan servis boleh dilakukan di laman web. Saya daftar tempahan tanpa perlu install App MrSpeedy, cuma guna browser Chrome di handphone.
Pada borang tempahan, ada ruang maklumat
(1) From dan ruang maklumat
(2) To
Semasa isi maklumat terperinci, nak tau apa yang saya tulis di ruang maklumat
(2) To? Saya tulis macam ni ..
Item: Cash RM200
Task: Deposit RM200 into Maybank Cash Deposit Machine, Maybank Account Number is 162058687280
RM 200 Cash, Deposit cash to Maybank Cash Deposit Machine ATM
Maybank Account Number 162058687280
Sebab saya mahu deposit RM200 ke akaun Maybank saya iaitu 162058687280
Dekat borang tempahan, saya set tugasan ini perlu diselesaikan pada jam 4 petang.
Selepas saya isi borang tu, ada pekerja yang menguruskan penghantaran itu menelefon saya untuk mengesahkan penghantaran barang yang saya tempah.
Dia tanya adakah perlu ke bank di bandar Banting sahaja? Saya memberitahu bahawa mana-mana Cash Deposit Machine boleh, asalkan duit itu berjaya di deposit ke dalam akaun bank saya. Saya juga memberitahu dia, sekiranya dia mahu menggunakan online banking transfer (Perbankan Internet), pun boleh.
Pekerja tersebut datang ke lokasi
(1) From untuk ambil barang untuk dihantar ke lokasi
(2) To iaitu wang tunai. Pada lokasi
(1) From itu, saya perlu bayar upah perkhidmatan kepada dia secara tunai.
Selepas itu, saya melihat status penghantaran di laman web MrSpeedy. Pekerja itu proses tempahan saya pada pukul 2 petang, dan selesai pada beberapa minit selepas itu.
Alhamdulillah, Terima kasih.. saya dapat duit saya. Saya periksa menggunakan online banking dan mendapati ada transaksi Credit RM200 yang menggunakan CASH DEPOSIT machine.
Terima kasih kepada mereka yang melaksanakan tugas kerja menghantar barang dengan jujur.
Pada 2 Mei 2020, penghantaran MrSpeedy hanya berada di kawasan Lembah Klang dan Selangor.