Tips Affiliate.
Memberi Cadangan
Saya Cadangkan atau Rekemen
dalam bentuk cerita
Peranan utama affiliate adalah..
Mencadangkan (Rekemen),
Bukan kelihatan Menjual.
walaupun kita sedang menjual
Ramai yang tersilap langkah, membuat promosi dengan niat terlalu mahu menjual.
Akibatnya, promosi tersebut kelihatan terlalu "desperate" untuk menjual.
Contoh promosi desperate yang menjual.
-
Dapatkan segera ebook bisnes aiskrim ini!
- Klik disini segera untuk dapatkan ebook hebat ini!
Itu adalah cara yang kurang tepat
Sebenarnya, tugas affiliate hanyalah mencadangkan. Bukan menjual.
Tugas menjual adalah terletak pada "salesletter" di website jualan ebook.
Ibaratkan anda baru sahaja selesai makan mee kari yang paling sedap di kedai Pak Abu.
Jadi, apabila anda bertemu dengan rakan-rakan anda.. adakah anda akan kata..
"Cepat! Dapatkan segera mee kari di kedai Pak Abu! Sekarang!"
Tentu tidak bukan?
Tetapi, selalunya anda akan bercerita...
"Semalam.. aku first time pergi ke kedai Pak Abu. Tengok kedai macam biasa-biasa je. Tapi
sebab lapar, aku orderlah mee kari. Tak sangka betul.. sedap giler mee kari dia.. siap
lepastu, aku order bungkus lagi. Bla.. bla.. bla.... korang trylah nanti makan kat sana bila
ada masa!"
Nampak tak perbezaannya?
Bila kita pasang niat untuk berkongsi dan rekemen.. biasanya kita akan ada banyak idea
untuk menulis dan bercerita.
Berbanding jika kita hanya berniat nak menjual-jual-jual dan jual. Biasanya nanti kita akan
kehabisan idea dan tak tahu nak tulis apa.
Teknik ni sesuai digunakan semasa bercerita di Facebook dan juga di Blog.
Nak Berniaga Online Cara Affiliate di Klikjer?
Apa itu affiliate?
Program affiliate ialah sebuah program agen di internet. Bermaksud, anda (affiliate) akan
bertindak sebagai agen (orang tengah), mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau
syarikat) dan kemudiannya, anda akan mendapat bayaran (komisen) jika ada pembeli yang
membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.
Affiliate ialah mempromosi dan menjual
produk orang lain untuk menjana komisyen melalui hasil
penjualan produk tersebut.
Apa itu program affiliate Klikjer.com?
Klikjer.com adalah merupakan sebuah website program affiliate berpusat kelolaan Klikjer
Publishing (002746251-P).
Klikjer Publishing pula adalah merupakan sebuah syarikat penerbitan digital. Oleh itu, banyak
produk-produk digital (terutamanya ebook) , telah diterbitkan.
Dengan menyertai program affiliate di klikjer.com, anda boleh memasarkan pelbagai ebook
terbitan Klikjer Publishing
Ada sesuatu yang menarik berkenaan Klikjer. Ada peluang buat duit melalui cara kerja sebagai affiliate di klikjer.com.
1. Sistem Affiliate Berpusat
Klikjer menggunakan konsep sistem affiliate berpusat. Bermaksud, kita hanya perlu mendaftar sekali sahaja, kemudian, kita boleh promosikan berpuluh-puluh produk yang berkualiti. Tidak perlu lagi untuk mendaftar berulang-ulangkali setiap kali ingin mempromosikan sesuatu produk sebagai affiliate.
2. Komisyen 50%
Setiap jualan yang terhasil dari link affiliate, komisyen sebanyak 50% dari harga jualan produk tersebut akan diberikan. Ini adalah diantara program affiliate di Malaysia yang mampu menawarkan komisyen tinggi.
3. Keahlian Percuma di Klikjer
Tiada sebarang yuran dikenakan untuk menjadi affiliate, malahan, kita juga tidak diwajibkan untuk membeli semua produk yang ingin anda promosikan.
4. Bahan Pemasaran Disediakan di Klikjer
Setiap produk disertakan juga dengan bahan-bahan promosi yang menarik seperti banner, teks ayat iklan dan sebagainya. Ia memudahkan kita untuk melakukan aktiviti promosi.
5. Pengeluaran Walaupun RM1
Tiada had minimum untuk membolehkan anda menerima komisyen anda. Komisyen dikreditkan terus ke akaun bank secara automatik pada setiap awal bulan. Walaupun jika jumlahnya hanya RM1. Pastikan maklumat perbankan anda adalah tepat.
6. Laman Web Jualan High Conversion Rate
Setiap produk di Klikjer dijual menerusi website jualan minisite yang telah terbukti sebagai model website yang mempunyai "conversion rate" yang tertinggi di dalam mendapatkan jualan. Malahan, pihak Klikjer sentiasa memperbaiki setiap website jualan dari semasa ke semasa