Cara yang lebih bijak untuk makan ikan setiap hari adalah dengan membina kolam ikan anda
sendiri.
Dengan adanya kolam ikan sendiri, anda boleh tangkap ikan tersebut bila-bila masa yang
anda mahukan.
Berbanding jika anda tidak mempunyai kolam sendiri, maka anda perlu memancing di
pelbagai tempat. Kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak dapat. Ikut nasib.
Begitu juga halnya dengan menjadi affiliate.
Adakah anda ingin promote produk affiliate anda?
Jika anda sudah ada "kolam" sendiri, maka ianya lebih mudah untuk anda promosikan apa
sahaja produk affiliate pada bila-bila masa.
"Ikan di kolam" ini boleh berbentuk...
1. Subscriber dalam mailing list anda
2. Subscriber/reader blog anda
3. Members dalam channel Telegram anda.
4. Follower Facebook/fanpage
5. Follower instagram
6. Subscriber channel YouTube anda.
Setiap platform/channel untuk membuat kolam ada kelebihan dan kekurangan masing-
masing. Boleh pilih-pilih mana yang sesuai dengan anda
Program affiliate ialah sebuah program agen di internet. Bermaksud, anda (affiliate) akan
bertindak sebagai agen (orang tengah), mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau
syarikat) dan kemudiannya, anda akan mendapat bayaran (komisen) jika ada pembeli yang
membeli produk tersebut melalui link affiliate anda.
Affiliate ialah mempromosi dan menjual
produk orang lain untuk menjana komisyen melalui hasil
penjualan produk tersebut.
Apa itu program affiliate Klikjer.com?
Klikjer.com adalah merupakan sebuah website program affiliate berpusat kelolaan Klikjer
Publishing (002746251-P).
Klikjer Publishing pula adalah merupakan sebuah syarikat penerbitan digital. Oleh itu, banyak
produk-produk digital (terutamanya ebook) , telah diterbitkan.
Dengan menyertai program affiliate di klikjer.com, anda boleh memasarkan pelbagai ebook
terbitan Klikjer Publishing
Ada sesuatu yang menarik berkenaan Klikjer. Ada peluang buat duit melalui cara kerja sebagai affiliate di klikjer.com.
1. Sistem Affiliate Berpusat
Klikjer menggunakan konsep sistem affiliate berpusat. Bermaksud, kita hanya perlu mendaftar sekali sahaja, kemudian, kita boleh promosikan berpuluh-puluh produk yang berkualiti. Tidak perlu lagi untuk mendaftar berulang-ulangkali setiap kali ingin mempromosikan sesuatu produk sebagai affiliate.
2. Komisyen 50%
Setiap jualan yang terhasil dari link affiliate, komisyen sebanyak 50% dari harga jualan produk tersebut akan diberikan. Ini adalah diantara program affiliate di Malaysia yang mampu menawarkan komisyen tinggi.
Setiap produk disertakan juga dengan bahan-bahan promosi yang menarik seperti banner, teks ayat iklan dan sebagainya. Ia memudahkan kita untuk melakukan aktiviti promosi.
5. Pengeluaran Walaupun RM1
Tiada had minimum untuk membolehkan anda menerima komisyen anda. Komisyen dikreditkan terus ke akaun bank secara automatik pada setiap awal bulan. Walaupun jika jumlahnya hanya RM1. Pastikan maklumat perbankan anda adalah tepat.
6. Laman Web Jualan High Conversion Rate
Setiap produk di Klikjer dijual menerusi website jualan minisite yang telah terbukti sebagai model website yang mempunyai "conversion rate" yang tertinggi di dalam mendapatkan jualan. Malahan, pihak Klikjer sentiasa memperbaiki setiap website jualan dari semasa ke semasa