Memperkenalkan kerja dari rumah menggunakan Internet.

Perniagaan online merupakan suatu kerja yang boleh dilakukan dari rumah. Keadaan masa bekerja di rumah adalah bebas. Ia tidak terikat dengan waktu bekerja yang biasa. Oleh itu, ramai orang berminat untuk mencuba kerja dari rumah.

Ramai pengguna Internet menggunakan istilah carian kata kunci seperti "kerja rumah", "dari rumah", "buat duit", dan "bisnes". Daripada hasil kajian kata kunci tersebut, ini menunjukkan bahawa ramai pengguna Internet berminat untuk mencari sumber pendapatan sampingan walaupun bekerja dari rumah mereka.

Ada beberapa asas kerja dari rumah iaitu berniaga online.

Pertama: 1) Ada produk atau perkhidmatan yang memberi manfaat kepada orang lain.

Mulakan niat untuk membantu orang melalui produk dan perkhidmatan yang kita jual. Kenalpasti masalah orang ramai dan buat kira-kira berapa ramai orang yang boleh kita bantu untuk selesaikan masalah mereka. Mereka tersebut berpeluang menjadi pelanggan.

Jika ada masalah untuk diselesaikan, maka ada peluang buat bisnes. Jika belum menemui perkhidmatan yang boleh kita jual, kita boleh cari jenis perniagaan online seperti dropship atau affiliate yang mana ia boleh dijalankan tanpa modal wang. Sebabnya ialah kita tidak menyimpan stok atau beli dahulu barangan untuk dijual. Melalui program affiliate atau dropship, kita membantu orang lain menjual produk mereka.

Kedua: 2) Ada laman web sebagai tempat mempamerkan maklumat produk atau perkhidmatan.

Laman web percuma atau laman web berbayar adalah diperlukan. Laman web yang dibina walaupun ia nampak ringkas sahaja, ia adalah diperlukan supaya pengguna Internet mudah untuk memperolehi maklumat berkenaan produk atau perkhidmatan yang dijual. Untuk memudahkan aktiviti berniaga, kedai adalah diperlukan. Jadi, laman web merupakan suatu kedai maya di Internet atau kedai online. Kebiasaannya, modal sewaan untuk laman web adalah tidak banyak berbanding modal sewaan bagi kedai fizikal. Laman web adalah penting supaya pembeli ada peluang untuk menjumpai produk atau perkhidmatan yang dijual secara online melalui carian maklumat di Internet.

Antara contoh cara membina laman web yang percuma adalah di Blogspot (blogger.com) atau di Fan Page di Facebook (facebook.com).

Ketiga: 3) Aktiviti Pemasaran yang baik dan berterusan.

Jika berjaya lakukan jualan, maka berjaya dapat pendapatan. Strategi menjual produk adalah penting. Kita perlu belajar tentang pelbagai cara untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan kepada orang. Oleh itu, kita perlu cari sekurang-kurangnya tiga (3) manfaat produk untuk dijadikan sebagai mesej dalam menghebahkan kewujudan produk atau perkhidmatan kita. Sebab pengguna melakukan pembelian adalah mereka mahukan manfaat produk dan perkhidmatan kita.

Jika terdapat ramai orang yang menjual produk yang sama di Internet, itu bermakna terdapat ramai pesaing. Melalui pesaing, kita berpeluang untuk belajar bagaimana menjadi unik atau berbeza dengan mereka dalam melakukan pemasaran. Kita juga berpeluang untuk mengikut contoh bisnes mereka yang telah berjaya.



Ebook Percuma Tips Promosi Online

Klik link ini untuk lebih banyak senarai Ebook Percuma di Google Drive saya

Ebook percuma 100 cara mempromosikan barang online
100 cara mempromosikan produk online

Ebook Percuma Rahsia Pengiklanan Efektif Rahsia Pengiklanan Efektif
Teknik Kencangkan Jualan | Mendidik masyarakat Malaysia untuk jadi bijak, cekap dan pantas dalam menghasilkan mesin-mesin duit menerusi perkataan.
Ebook Teknik Kencangkan Jualan



Berikut adalah cadangan program berbayar yang mempunyai beberapa modul belajar untuk kerja dari rumah secara affiliate.




Berikut adalah cadangan program yang berikutnya kepada mereka yang memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang pekerjaan tertentu.

Nama program: "JobDiRumah"

Program ini menawarkan peluang kerja dari rumah yang boleh dilakukan secara sambilan. Ada pembayaran jika berjaya menyiapkan kerja yang diberi. Maknanya, jika ada kerja yang disiapkan dan disahkan oleh majikan, maka ada bayaran.

Daripada kajian yang diperolehi melalui google search engine, ramai pengguna Internet sedang mencari kerja kosong online atau kerja part time di Malaysia pada masa kini.

Ada majikan yang menawarkan kerja yang mampu dilakukan oleh seseorang melalui cara kerja dari rumah menggunakan laptop dan Internet. Ini adalah suatu peluang kepada sesiapa yang masih belum mempunyai pekerjaan untuk bekerja mengikut waktu bekerja sendiri. Ia sesuai dilakukan secara sambilan oleh pelajar. Sambil mengisi masa cuti dengan perkara yang berfaedah, mereka boleh menimba pengalaman bekerja yang menyeronokkan dan berpeluang untuk jana pendapatan dari rumah.

Untuk memulakan kerja dirumah ini, pemohon perlu membayar yuran iaitu kos bahan-bahan pelajaran.

Klik untuk ke laman web panduan "Job Di Rumah" berharga RM80

Tujuan bayaran yuran bagi pembelian program "Job Di Rumah" ialah untuk mencari sesiapa yang benar-benar inginkan menjalankan tanggungjawab kerja dari rumah. Ia adalah bayaran yuran komitmen dan kos bahan pelajaran untuk mempelajari cara mendapatkan servis yang disediakan. Ia disediakan di laman web bersama sokongan admin. Di laman web tersebut ada disediakan panduan asas bagaimana untuk mula bekerja dari rumah. Begitu juga ada disediakan senarai kerja daripada majikan yang boleh dipercayai. Ia dirancang untuk dikemaskini dari semasa ke semasa.

Klik untuk ke laman web panduan "Job Di Rumah" berharga RM80

Panduan Job Di Rumah di laman web version sebelum ini, pada awal tahun 2017.

Untuk membeli panduan version "Job Di Rumah" 2017, jemput klik butang merah yang terdapat di atas. Untuk makluman anda, program "Job Di Rumah" version pada awal tahun 2017, berikut adalah senarai topik pelajaran yang dibincangkan:

Bahagian 1: Pengenalan.

- Kenapa kerja dari rumah menjadi popular?

- Kenapa ada syarikat yang membayar pekerja untuk bekerja dari rumah?

- Apa kelebihan bekerja dari rumah?

Bahagian 2: Ada 3 jenis kerja yang ditawarkan.

- Kerja apakah yang dipohon melalui permohonan kerja biasa?

- Kerja apakah yang tidak dipohon melalui permohonan seperti kerja freelance yang biasa?

- Kerja apakah ditawarkan dengan upah yang tetap oleh pekerja kepada majikannya?

Bahagian 3: Nasihat sebelum mula bekerja dari rumah.

- Apakah contoh latihan untuk menulis resume yang baik?

- Bagaimana cara untuk meningkatkan kredibiliti pekerja supaya majikan yakin untuk memilih pekerja tersebut?

- Apa yang dimaksudkan dengan kesederhanaan dalam membida atau membuat permohonan projek?

Bahagian 4: Bentuk kaedah pembayaran yang biasanya digunakan oleh majikan untuk membayar pekerja yang bekerja dari rumah.

Bahagian 5: Senarai 3 video tutorial tentang proses asas permohonan kerja di Elance, oDesk dan Freelancer.

Bahagian 6: Senarai 3 tips bagaimana memenangi projek apabila bersaing dengan calon pekerja yang lain.

Bahagian 7: Senarai 10 tips untuk mengelakkan diri dari bekerja dengan majikan yang tidak jujur.

Bahagian 8: Ada 4 sebab kenapa majikan menolak permohonan seseorang untuk bekerja.

Bahagian 9: Peluang yang disediakan kepada ahli berdaftar untuk berkongsi pendapat dan testimoni kejayaan mereka yang berjaya menjana pendapatan dari rumah.

Untuk membantu kita bersemangat menjemput kawan-kawan untuk turut serta dalam program bekerja dari rumah, program affiliate juga disediakan pada suatu masa dahulu. Semoga program affiliate tersebut masih ada.

Semoga kerja yang mampu dilakukan secara partime ini boleh menjadi suatu cara untuk tambah pendapatan sampingan kita. Usah lepaskan peluang kerja sambilan yang ditawarkan dari semasa ke semasa di laman web yang disediakan.

Terima kasih.
Kembali ke atas